Tuesday, December 28, 2010

Cuti Sekolah akan berakhir

Sedar tak sedar lagi berapa hari lagi kita akan meninggalkan tahun 2010,tahun 2011 sudah bersedia untuk mengambil tempatnya.Ini bereerti kami akan berusia 11 tahun serta berada di tahun lima.Wah,cepatnya masa berlalu pejam celik dah nak menghampiri penghujung era sekolah rendah.Rasanya baru semalam bersekolah di tahun satu.Alhamdulillah segala persiapan sekolah telah pun kami siapkan atas bantuan ibu.Terima kasih ibu kerana bersusah payah menjaga segalanya buat kami.Terima kasih juga buat ayah kerana berkorban masa berada di perantauan demi mencari rezeki buat kami sekeluarga.Ibu lah yang mengambil segala urusan ketika ayah keluar bekerja.

No comments:

Post a Comment